Yg trbaik ? (hsil kutipan aku, hee)

Akhirnya... Finally!

Something on the radio.. Something.

Dah lama lagunya tak keluar radio.. pernah ke? Pernah lah.. tapi tak sekerap kebanyakan lagu. Paling kerap pun lagu "Sayang".. Itupun duet dengan Ajai. Sebagai seorang penyanyi, tak ada lagu yang berkumandang di radio bukanlah satu kecacatan yang sangat kronik.. ramai juga penyanyi yang tidak punya lagu di radio tapi laku dengan dinner show dan persembahan seangkatan dengannya.. Tapi sebagai seorang artis yang 'boleh tahan' popular ia satu kekurangan.. Nak kata tak laku,wajahnya kerap juga muncul di media-media.. Namanya tak lekang dari perbualan pengikut industri hiburan tanah air.. Gosip jangan cerita lah.. (mujur dah kurang.. mungkin sebab tak ada gosip yang dilemparkan sejak akhir-akhir ini yang melekat..)..

Letak tepi dulu gosip-gosip angin lalu yang tidak berasas.

Bermula dari sebuah siri drama online 5minit "Kerana Karina".. kini dia diberikan watak-watak yang lebih mencabar dari segi mental dan fizikal seperti Wati dalam dokudrama "Korban 44".. Sejak 4 bulan lalu, tidurnya pukul 2-3 pagi.. bangunnya pukul 6 mula kerja jam 7am.. Tapi sedikit tidak mengeluh.. dan semasa entri ini ditulis, dia sedang di set penggambaran "Berita Hangit", sebuah rancangan improv comedy 26 episod produksi Afdlin Shauki arahan Harun Salim Bachik ala Dateline News di Saturday Night Live.. Improv adalah perkara yang baru bagi beliau dan bukanlah sesuatu yang senang secara amnya.. Namun, atas kepercayaan pihak produksi, beliau menerima tawaran ini sebagai satu cabaran.

Bagus, rezeki tak putus.. tapi malangnya.. semakin ramai orang lupa bahawa Marsha Milan Londoh sebenarnya seorang penyanyi.

Membesar dalam kumpulan nyanyian koir gereja, Marsha dibiasakan dengan pendedahan muzik classical sejak dari kecil.. Dan semestinya dengan latar belakang yang sedemikian, bidang hiburan tidak pernah menjadi pilihan mahupun cita-cita.. Namun pada tahun 2005, tatkala empunya diri dibelenggu dilema untuk memilih samada untuk meneruskan pendidikan tinggi dalam bidang muzik di Pune, India atau terbang menjelajah dunia sebagai pramugari MAS.. datang kezutan dari Akademi Fantasia 3..

Anda pasti tahu keputusannya.

Maka sejak dari itu, muzik contemporary yang dahulunya asing kini harus menjadi makanan harian. Terdapat jurang yang besar diantara muzik contemporary dan classical.. Dengan suara soprano yang dikurniakan, semestinya Marsha telah diberikan pelbagai jenis lagu yang 'susah' dan puitis untuk dirakam.. Lebih dari 12 lagu telah pun dirakam sepanjang 4 tahun berada dalam industri.

Tapi kenapa sekarang baru ada Yang Terbaik?

Sejak pertama kali lagu ini dimainkan untuk tatapan awam, banyak feedback dan komen-komen yang kami terima.. Dan acapkali kami ditanya - Kenapa tak macam Marsha?

Ya. Memang kalau dibandingkan dengan semua lagu-lagu yang biasa dinyanyikan Marsha, Yang Terbaik ternyata dari genre yang berbeza. Style nyanyiannya juga jauh berbeza. Trademark "falsetto sengau" Marsha tidak sekalipun kedengaran. Satu percubaan yang lain. Percubaan yang berisiko. Risiko dalam penerimaan peminat dan pendengar yang sentiasa menantikan persembahan vocal yang mantap dan 'melodious' dari marsha.

Biarpun tahu adanya risiko yang besar, namun single Yang Terbaik ini tetap dikeluarkan. Tujuan utamanya adalah untuk mendapat tempat diradio dan menang perhatian pendengar umum.. (itu ke bahasa melayu bagi "general audience"?)

Sehingga kini, marsha sudah pun merakamkan lebih 14 buah lagu.. dan dalam 14 lagu yang dirakam, 4 adalah yang boleh dikira 'baru'.. ini tidak termasuk lagu-lagu demo.. Dan antara 4 yang terbaru ini, Yang Terbaik lah yang terbaik... untuk diberi peluang memasuki corong radio.

Pendengar sentiasa mahu sesuatu yang cepat ditangkap dan mudah 'sing-a-long'.. Tak semua pendengar, tapi kebanyakannya.. Dan kalau mahu menarik kumpulan pendengar yang lebih luas, kenalah ambil kira yang 'kebanyakannya'.. Dan dalam memilih lagu, biarlah sesuatu yang tidak tersasar jauh dari imej seorang penyanyi.. imej itu tidaklah tertakhluk pada penampilan yang lazim bagi penyanyi itu.. tetapi yang dikatakan imej adalah dari sudut pembawakan.. mampukah seseorang penyanyi itu membawa sesebuah lagu itu.. lagu yang sedap tak semestinya sesuai..

Ya, lagu yang 'sedap' tak semestinya sesuai untuk penyanyi, tak semestinya sesuai untuk radio, tak semestinya sesuai untuk umum.Tapi itulah realitinya seni komersial.. dah nama nya pun commercial kan?

Teringin nak dengar lagu Yang Terbaik versi Rock Suci.. hehehe.. *wink*